Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.
Tidur adalah satu hal atau perkara yang terletak dalam kumpulan perkara-perkara yang penting dalam kehidupan manusia.
Jika diperhatikan kehidupan manusia, waktu dan tempoh tidur antara satu sama lain berbeza-beza.
Setelah melalui bertahun-tahun pengalaman tidur, akhir-akhir ini saya mendapati tidur yang cukup hanyalah 4 hingga 6 jam dalam sehari.
Jika sebelum-sebelum ini saya asyik mengatuk di dalam kelas, saya berpendapat ini adalah kerana tidur yang terlebih, bukannya tidur yang tidak mencukupi.
Cara untuk mendapatkan tidur yang sempurna ialah: pertama, kita perlu melawan nafsu tidur kita supaya tidak terlebih tidur.
Kedua, sebelum tidur kita hendaklah menenangkan fikiran supaya tidur kita tidak terganggu oleh mimpi atau igauan.
Ketiga, bangunlah ketika kita tersedar pada waktu yang kita ingin bangun dan jangan bertangguh untuk bangkit kerana perbuatan itu memberi peluang kepada nafsu untuk bermaharajalela.
Terakhir, perkara yang perlu didahulukan sebelum usaha ialah doa supaya Allah membantu dan menguatkan kita untuk melakukan kebaikan.
Sesungguhnya apa yang paling susah dalam beribadah adalah istiqamah. Semoga Allah merezekikan kita istiqamah.
Wallahu A'lam.
~Lama tak menaip, ringkas sahajalah untuk kali ini.~
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan komen...d'_'b