Wednesday, January 11, 2012

Bersatu vs Berpecah.

Sunni, Wahhabi, Salafi, Syiah, Sufi, Tabligh, JIM, PAS, ISMA, Hitbul Tahrir,...

Bermacam-macam perkataan baru dan lama untuk menggambarkan fahaman sesuatu kumpulan atau golongan muslim yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di negara yang saya cintai ini. Malahan, bermacam-macam lagi nama-nama yang wujud di luar negara Malaysia.

Adakah fenomena ini baik untuk kesatuan umat Islam?

بسم الله لا حول ولا قوة إلا بالله العليّ العظيم
Dengan nama Allah, tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

الحمد لله
Puji-pujian bagi Allah.

والصلاة والسلام على رسول الله و على آله وأصحابه أجمعين
Doa dan kesejahteraan atas Pesuruh Allah dan atas ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya keseluruhannya.

أللهمّ اهدنا الصراط المستقيم
Wahai Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

Lama sudah blog ini ditinggalkan sepi tanpa tulisan baharu. Malam ini, muncul juga tulisan baharu yang kemunculannya didesak oleh dua perkara. Pertama, perasaan saya yang berasa seolah-olah ada sedikit perpecahan dalam kalangan penuntut-penuntut ilmu dan kedua, seseorang yang meninggalkan seruannya supaya blog saya ini diupdate.

Kekurangan ilmu membuatkan jari-jemari saya kaku saat ingin memulakan penulisan sehinggan hanya tajuk yang saya tulis. Namun, penulisan ini adalah paksaan hati kepada jari-jemari ini dan tulisan ini hanyalah apa yang ada dalam fikiran saya bukannya ilmu kajian.

Anda inginkan perpecahan?

Kembali kepada persoalan di atas, adakah fenomena ini baik untuk kesatuan umat Islam?

Saya amat yakin setiap pembaca yang akan membaca tulisan ini menginginkan kesatuan dan bukannya perpecahan. Lihat sahaja kepada orang-orang yang tidak faham adab-adab berbeza pendapat.

Contohnya mereka yang menyatakan hukum isbal ( berpakaian melebihi paras kedua-dua buku lali bagi lelaki ) ialah haram, mereka yang tidak tahu adab-adab berbeza pendapat dalam Islam akan berusaha bersungguh-sungguh menyebarkan pendapat mereka. Ada yang menerbitkan buku, ada yang menerbitkan makalah, pada zaman yang serba moden ini akan ada yang menyebarkannya di internet. Dalam usaha-usaha ini akan adalah yang mengatakan pendapat-pendapat yang memboleh isbal yang ini salah, menyesatkan, masuk neraka bagi yang menghalalkannya kerana ada nas jelas dan sebagainya.

Sebenarnya perbuatan mereka ini adalah kerana mereka ingin melihat kesatuan dalam beribadah walaupun perbuatan tersebut menyalahi adab-adab dalam berbeza pendapat dalam Islam. Apa yang ingin saya sampaikan ialah orang yang sebenarnya menimbulkan perpecahan juga mencita-citakan kebersamaan dan membenci perpecahan.

Bolehkah semua bersatu?

Bersatu atau tidak ini bergantung pada keadaan dan perihal. Sesungguhnya manusia diciptakan berbeza warna kulit, berbeza bahasa percakapan, berbeza cara pemikiran dan perbagai perbezaan lagi. Ini contoh perihal yang manusia tidak boleh bersatu. Hakikat ini perlu diterima semua pihak tidak kiralah siapa dia.

Bahagian mana yang kita kena bersatu? Kita kena bersatu dalam cara berfikir dan beramal. Cara berfikir di sini tidak sama dengan cara pemikiran seperti yang saya sebitkan di atas. Pada bahasanya sama. Maksud saya ialah sebagai muslim kita perlu mempunyai cara berfikir yang sama iaitu cara berfikir berlandaskan Islam. Contohnya, kita wajib berfikir bahawa kita tidak boleh memaksa orang lain berfikir seperti kita. Berfikir seperti kita di sini adalah cara pemikiran seperti yang saya tuliskan di atas. Contohnya, seseorang yang bekerja sebagai petani berasa hidup sebagai ahli politik itu mudah kerana tidak perlu membanting tulang dan ahli politik pula berasa kerja sebagai petani itu mudah kerana tidak perlu memikirkan strategi-strategi politik untuk membangunkan bangsa. Memaksa supaya petani memikirkan kerja sebagai ahli politik susah dan memaksa ahli politik memikirkan bahawa kerja petani adalah susah adalah tidak boleh.

Contoh lain kesatuan dalam berfikir ialah, kita perlu mempunyai pemikiran yang sama bahawa matlamat perjuangan kita adalah untuk menjadikan Islam adalah agama tertinggi.

Kita sebagai muslim juga kena bersatu dalam beramal.

Zack berkata kepada Zorro,"Zorro, kenapa kamu minum air sambil berdiri? Kalau kamu benar-benar Islam kamu kena muntahkan balik air tersebut! Minum sambil berdiri itu haram. Semua orang Islam tidak boleh minum berdiri".

Beginikah bersatu dalam beramal? Setiap amalan perlu sama? Bukan begitu, bersatu dalam beramal ataupun wihdatulamal adalah melakukan sesuatu untuk mencapai sesuatu yang sama. Contohnya untuk sampai ke sebuah pulau dengan sebuah kapal klasik, ketua tugasnya memandu arah dan memberi arahan, manakala ada pula yang mendayung dan ada pula yang mengawal layar. Kesemua kerja tersebut berbeza namun matlamatnya sama iaitu untuk sampai ke sebuah pulau.

Ringkasnya ada perihal yang kita perlu bersatu dan ada yang tidak perlu bersatu.

Salafi vs Sufi

Dalam suasana hari ini, jikalau kita pengikut salah satu fahaman contohnya saya pengikut salafi, mesti saya akan mendengar komen salafi yang mana menyatakan keburukan pengikut sufi. Begitulah sebaliknya.

Sebelum itu eloklah saya jelaskan dahulu siapa salafi yang saya maksudkan di sini supaya tidak berlaku salah faham. Salafi yang saya maksudkan di sini ialah golongan yang selalu mengatakan diri mereka sebagai pengikut jejak salafussoleh bukanlah salafussoleh tersebut. Manakala sufi di sini ialah golongan yang menyatakan diri mereka mendekati Allah dengan amalan-amalan zikir-zikir, bersugi dan sebagainya.

Fahaman kedua-duanya iaitu ingin beramal dengan salafussoleh dan melazimi zikir tidak salah, yang salah ialah apabila kata-kata buruk dilemparkan. Apatah lagi bila ia dilontarkan ketika mana golongan yang kena lontar itu tiada dan di kalangan umum. Ini amatlah tidak kena. Seeloknya jika ingin menyatakan kekurangan biar golongan yang dituju ada bersama supaya kesalahfahaman boleh terungkai jika kesalahfahaman itu wujud.

Wahhabi vs Sunni
(Bukan semua tapi hanya sebahagian kecil yang tidak memahami Islam dengan jelas)

Begitulah juga dengan Wahhabi dan Sunni. Contohnya dalam majlis sunni, golongan sunni menghentam seseorang yang mengatakan, "(loghat Kelantan) Lepas Allah cipto langit denga bumi dale 6 maso, Allah do beselo lendik langit" dengan mengatakan lelaki tersebut wahhabi. Ini tidak kena. Macam mana seseorang boleh mengatakan orang yang berkata begitu wahhabi sedangkan apa yang lelaki itu katakan bukanlah kata-kata daripada fahaman wahhabi tetapi itu hanyalah cara beliau menghurai atau mentafsirkan dengan cara atau kata-kata yang mudah untuk difahami masyarakat setempat.

Kesalahan kedua ialah abila lelaki yang menghentam tadi tidak periksa dahulu dengan yang berkata tersebut tetapi menghurai atau menghentam berdasarkan apa yang disampaikan kepadanya oleh orang lain.

Begitulah juga golongan yang dikatakan wahhabi( tidak tahu sama ada itu wahhabi atau tidak ). Ada yang membid'ahkan sesuatu perkara tanpa usul periksa ataupun meneliti dengan ilmu yang tepat ataupun memandang kepada perbezaan pendapat yang dibenarkan. Contohnya, golongan yang mengharamkan gitar. Mereka yang selalu melakukan kesalahan menghukum ini selalunya mereka yang salah mentafsir ayat-ayat al-Quran dan salah dalam memahami usul fiqh. Memandangkan saya juga tidak memahami ilmu usul fiqh, tidak boleh saya mengulas lanjut perihal ini.

Ingat pesan Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi.
Beliau berkata,
"Sesungguhnya ramai di kalangan golongan muda pada zaman sekarang yang hanya membaca beberapa kitab terutamanya di dalam ilmu hadis(penulis : golongan yang belajar ilmu hadis jugalah yang ramai bersikap kurang elok di Malaysia dengan tidak menghormati adab-adab berbeza pendapat. Benarlah kata sheikh). Lantas merasakan mereka sudah pakar di dalam ilmu padahal mereka belum pun mengecapi permulaannya. Mendakwa mereka mampu berijtihad di dalam urusan agama, di dalam masa yang sama ilmu Bahasa Arab serta komponen-komponennya serta nahu dan saraf tunggang langgang. Seandainya anda menyoal mereka supaya irab sebaris ayat, mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik. Mereka juga tidak mempelajari usul fiqh! Hanya meneka-neka sebarang dugaan kononnya mengetahui akan sebarang permasalahan. Hal ini menyebabkan mereka tidak mahir dengan ilmu fiqh apatah lagi untuk menyelami lautan perbahasan yang luas yang akan menjadikan mereka lebih mahir dan berkemampuan untuk memahami dengan baik. Sesungguhnya mereka ini sepertimana kata Imam Zahabi: Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu."
(Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Min al-Murahaqah Ila al-Rusyd)

Janganlah menjadi orang yang berasa hanya dirinya sahaja yang betul.
Taadud Jemaah ( Berbilang-bilang jemaah )

Dalam hal berbilang-bilang jemaah pula, sebahagian golongan ada yang mengatakan yang ini tak boleh dan jemaah lain pula kata yang ini teruk dan sebagainya. Contohnya, pernah sekali saya berdepan dengan seorang daripada Jemaah Tabligh (Saya bukanlah ingin memburuk-burukkan Jemaah Tabligh kerana saya tahu Jemaah ini sebenarnya banyak menyumbang bakti. Apa yang saya sebutkan hanyalah akhlak sebahagian ahlinya.) iaitu sepupu saya sendiri yang menolak mentah-mentah usaha jemaah PAS.

Memetik kata-kata Ustaz Hasrizal dalam lamannya,
“Satu sahaja yang ana pesankan. Apa-apa pun, hatta pada menjadi Sunni sekali pun, hatta Salafi macam Nash ni pun, atau Sufi mahu pun Syiah, hendaklah bersederhana. Semasa jadi Salafi jangan asyik bid’ahkan semua orang. Nanti kita tersentak dengan pelbagai kemusnahan yang kita lakukan, pada masa itulah guilty conscious boleh mengheret kita mencari ‘alternatif’. Sangat ramai Salafi tegar, kemudiannya melompat ke daerah yang dahulu diperanginya.
http://saifulislam.com/?p=10685#more-10685

Petikan ini saya petik kerana saya ingin memberikan contoh kedua. Contoh ini adalah apa yang melibatkan saya sendiri dan amat berkaitan dengan apa yang Ustaz Hasrizal tulis di lamannya. Dulu saya selalu menghentam jemaah-jemaah lain yang tumbuh selepas PAS di blog saya.

Namun, setelah melihat akhlak pimpinan-pimpinan PAS saya terkesima dan merasai penyesalan yang amat sangat. Akhlak pemimpin-pemimpin dalam PAS juga seolah-olah menjadikan sauya memahami dengan mudah bagaimana adab-adab berbeza pendapat. Hanya dengan akhlak, mereka sudah menyedarkan saya apa yang saya lakukan adalah salah.

Akhlak itu jugalah yang menjadikan saya yang dulunya hampir-hampir menjadi EXTREMIST SALAFI hari ini menjadi seorang MUSLIM. Jika hari ini anda bertanya kepada saya berkaitan fahaman saya, saya tidak akan menyatakan saya pengikut Syafie, saya Sunni, saya Salafi, berfahaman PAS dan sebagainya. Tidak! Saya seorang MUSLIM.

Bagi perihal berbilang-bilang jemaah ini saya lebih cenderung kepada pendapat Dr Fathi Yakan yang menfatwakan haram berbilang-bilang jemaah. Namun saya terpaksa akur dengan realiti di Malaysia yang sudah pun terjadi sebegini. Tidak dapat tidak saya perlu menerima pandangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang menyatakan harus berbilang-bilang jemaah dengan syarat-syarat tertentu.

Sebenarnya jemaah-jemaah yang ada di Malaysia saling lengkap-melengkapi. Ada yang melakukan dakwah kepada Orang Asli, ada yang melakukan Islah dari rumah ke rumah, ada yang melaksanakan dakwah kepada bukan Islam lainnya dan ada juga yang berpolitik tanpa meninggalkan yang tugas dakwah yang lain. Namun, alangkah indahnya jika semuanya tadi bekerja dalam satu jemaah. Allah. Saya sering terbayang nikmat keindahan itu.

Berlapang dada.

Saya tidak mampu menghurai panjang berkaitan yang di atas kerana kurangnya ilmu saya. Apa yang saya hurai hanyalah berkaitan dengan akhlak. Akhlak kita dalam memberi sanggahan dan menilai hukum. Jangan kita selalu menyebutkan kita buat kerana ingin mendekati apa yang salafussoleh lakukan sedangkan kita tidak berakhlak dengan akhlak salafussoleh yang hanya berlapang dada dalam berbeza pendapat. Begitulah juga jika kita menyatakan kita sunni, berakhlaklah seperti sunni yang sepatutnya.

Berlapang dadalah dan janganlah ada kebencian dalam berbeza pendapat. Jangan kita berfikir sentiasa nak orang lain sama pendapat dengan kita.

Namun, dalam berlapang dada, jangan pula kita berlapang dada dengan perkara yang salah.
Seperti yang saya janjikan kepada sahabat saya, saya ingin menceritakan perihal seorang ulama'( yang dikatakan ulama' oleh mereka sendiri ) daripada ULAMA' MUDA UMNO(Maaf saya menyebut UMNO di sini kerana bagi saya, UMNO ialah parti yang tak wajib muslim bersatu dengannya). Saya kira, sesuai saya tulis di sini sebagai contoh. Saya rasa eloklah saya tidak menyebut nama "ulama'" tersebut.

Dalam satu forum di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang telah saya hadiri, saya telah belajar bahawa berlapang dada tanpa usul periksa juga salah. Dalam forum tersebut, saya amat mengagumi semua ahli panel iaitu masing-masing seorang daripada PAS, UMNO, NGO dan moderatornya daripada UIAM. Walaupun saya agak tidak suka kepada UMNO tapi saya terpaksa( maknanya kena buat juga) menyukai ulama' mudanya kerana beliau ulama'. Dalam menjawab satu persoalan berkaitan menentang pemerintah, (cerita ini tidak berapa ingat secara jelas cumanya beginilah lebih kurangnya) saya yang sebelum ini percaya bahawa boleh melawan pemerintah zalim terkedu mendengar jawapan Ulama' Muda UMNO tersebut yang menyatakan tak boleh melawan pemerintah berqiaskan kejatuhan Khalifah 'Umar Al-Khattab disebabkan ada yang nak lawan pemerintah.

Saya yang sebelum ini berpendapat berbeza patah hujah dalam hati kerana kekurangan ilmu. Namun, selepas itu, dalam menjawab persoalan lain, pimpinan PAS (yang bukannya ulama' tetapi berkelulusan dalam bidang kejuruteraan kalau tidak silap saya) mengambil peluang itu untuk membetulkan jawapan tadi untuk mengelakkan salah faham tadi. Pemimpin PAS tersebut mengatakan, itu pemerintah yang adil, haram ditentang. Kita sekarang pemerintah zalim, boleh ditentang(sekali lagi saya katakan, saya tidak terlalu ingat ayatnya, saya hanya ingat isinya).

Seingat saya, beliau juga ditegur dalam satu perkara lain oleh moderator. Moderator tersebut adalah pensyarah dalam bidang Uslu Fiqh. Ketika itu qias yang diberikan ialah demokrasi itu untuk darurat sahaja jadi hanya boleh diambil pada kadarnya sahaj seperti mana orang yang ketiadaan makanan yang halal dimakan harus memakan makanan yang haram dalam keadaan darurat dalam kadarnya sahaja. Ahli panel daripada PAS mengusik, UMNO dah 50 tahun lebih guna demokrasi, takkan itu pun darurat lagi?

Dalam banyak peluang untuk beliau bercakap selepas itu, beliau tidak membela diri atas apa yang ahli panel PAS dan moderator katakan tentang kesalahannya menggunakan qias walaupun ada seorang pendengar yang hadir juga turut melontarkan persoalan kenapa beliau memberi qias sebegitu yang nenyalahi satu etika dalam ilmu usul fiqh. Beliau seolah-olah tidak tahupun akan kewujudan usul fiqh. Ini menunjukkan beliau bukanlah ahli dalam usul fiqh dan menjadikkannya belum cukup syarat untuk berijtihad.

Selepas daripada forum ini, rasa hormat saya kepada Ulama' Muda UMNO hilang. Nampaknya benarlah tajuk ulama' itu hanyalah daripada mereka sendiri.

Inilah contoh perkara yang tidak perlu berlapang dada.

Muslim should be a TERRORIST but not an EXTREMIST.


Seseorang muslim itu perlulah menjadi terrorist(pakar) dalam bidang mereka. Kalau dia petani, dia kena pakar dalam bidangnya. Kalau dia ahli matematik, dia perlu pakar dalam matematik.

Tetapi seorang muslim tidak seharusnya menjadi seorang extremist. Bersederhanalah! Sedangkan Syeikh Yusuf al-Qaradhawi pun bersederhana dalam fatwa-fatwa beliau.

Ayuh, marilah kita sama-sama menjadi umat yang wasotiah, yang sentiasa berada di tengah-tengah.



Wahai Allah, Kau jadikanlah kami semua bersatu atas jalan-Mu.
Wahai Allah, kau jadikanlah kami ummat wasotiah. Terlalu ringan tidak, terlalu berat pun tidak.
Wahai Allah, kau berilah hidayah kepada kami dan kepada setiap manusia yang belum kau beri hidayah.
Wasollollahu ala Muhammad, wa ala aali Muhammad.
Walhamdulillahi Rabbil'alamin.
Amin.

3 comments:

  1. masyaALLAH, good write! barokalluhufeekum.

    senyum sahaja bila baca ayat ini,

    "Akhlak itu jugalah yang menjadikan saya yang dulunya hampir-hampir menjadi EXTREMIST SALAFI hari ini menjadi seorang MUSLIM."

    langkah yang bijak. kita tak perlu menjadi 'EXTRIMIST SALAFI',

    - hanya perlu melangsaikan kehidupan seharian berlandaskan jalan para salafussoleh.

    - menegakkan pendirian di atas jalan yang dilalui para salafussoleh.

    - bertekad memperjuangkan ke'terrorist'an kita berpandukan wahyu (al-Quran dan sunnah)..

    dan inilah manhaj sebenar para ulama' ahli sunnah wal jamaah.


    teringat pesan rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang kita rindui ^_^:

    " peliharalah wasiatku dalam hal (mengikuti sunnah) para sahabatku,

    kemudian orang-orang yang datang sesudah mereka(tabi'in),

    kemudian orang-orang yang datang sesudah mereka(tabi'ut tabi'in).

    kemudian, akan tersebarluas kebohongan, sehingga seseorang memberi kesaksian padahal tidk diminta memberi kesksian dan seseorang bersumpah padahal tidak diminta bersumpah".

    (HR Ibnu Majah, an-Nasaii, Ahmad dalam as-Sunan Al-kubra)

    p/s: jangan pula berhenti menjadi EXTRIMIST MUSLIM setelah melihat akhlak2 sebahagian muslim yang sudah 'rosak'..

    btw, teruskan menulis. moga ALLAH redho.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulisan yang memakan masa lima jam walaupun kolot, dak tak tersusun ni sebab dah hampir dua tahun tak menulis seserius ini...satu terlintas di fikiran, satu tulis. Datang satu lagi, tambah lagi. Apa-apapun terima kasih sudi membacanya.

      maksud extremist adalah orang yang berlebih-lebih...
      So, I'll be not EXTREMIST MUSLIM...I'm just a MUSLIM that trying to become a MU'MIN MUSLIM...d'_'b

      Tidak mengapa berpegang dengan al-Quran dan al-Hadis bahkan wajib berpegang cumanya seperti yang telah saya tuliskan di atas, perlu diingat pesanan Ulama' besar Syeikh Yusuf al-Qaradhawi.

      "Sesungguhnya ramai di kalangan golongan muda pada zaman sekarang yang hanya membaca beberapa kitab terutamanya di dalam ilmu hadis(penulis : golongan yang belajar ilmu hadis jugalah yang ramai bersikap kurang elok di Malaysia dengan tidak menghormati adab-adab berbeza pendapat. Benarlah kata sheikh). Lantas merasakan mereka sudah pakar di dalam ilmu padahal mereka belum pun mengecapi permulaannya. Mendakwa mereka mampu berijtihad di dalam urusan agama, di dalam masa yang sama ilmu Bahasa Arab serta komponen-komponennya serta nahu dan saraf tunggang langgang. Seandainya anda menyoal mereka supaya irab sebaris ayat, mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik. Mereka juga tidak mempelajari usul fiqh! Hanya meneka-neka sebarang dugaan kononnya mengetahui akan sebarang permasalahan. Hal ini menyebabkan mereka tidak mahir dengan ilmu fiqh apatah lagi untuk menyelami lautan perbahasan yang luas yang akan menjadikan mereka lebih mahir dan berkemampuan untuk memahami dengan baik. Sesungguhnya mereka ini sepertimana kata Imam Zahabi: Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu."

      (Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Min al-Murahaqah Ila al-Rusyd)

      Wallahu A'lam.
      InsyaAllah akan terus menulis dengan kekuatan daripada Allah.

      Delete
    2. pertama, alhamdulillah masih ada anak muda yang boleh menulis seperti ini,amat jarang mereka yang faham mahu menulis dan mengolah bagi menjelaskan sebagai pencerahan minda terutamanya orang-orang muda! tahniah Saif!

      kedua, saya ingin menambah sedikit..ini pesanan dari seorg ust...."kamu wajib ikut Islam secara berjamaah, kalau kamu pergi ke sebuah negara yg tiada jemaah Islam maka wajib ke atas kamu menubuhkan sebuah jamaah Islam, kalau sudah ada jamaah Islam tetapi berbilang2 maka tapislah mana yg syumul dan mana yg mengikut apa yg Allah perintahkan..kalau dah tapis tinggal beberapa jamaah, maka lihatlah ciri-ciri yg ada pada setiap jamaah tersebut...

      1. jamaah Islam yg pertama ditubuhkan
      2. dasarnya adalah Al-Quran dan sunnah
      3. mengambil Islam secara SYUMUL (termasuk politik)
      4. menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar..."

      ketiga, buat mase ini di negara kita, parti yg sah utk bertanding dlm politik adalah bn,pas,dan sebagainye..sngguhpun Wahhabi, Salafi, Syiah, Sufi, Tabligh, JIM, ABIM,IKRAM, ISMA, Hitbul Tahrir,... yg dikatakan adalah jemaah Islamiyyah yg dikenali..tetapi ianya tdk punyai medium utk menguasai pntadbiran di Malaysia..x akan jd mslh jika berjuang utk PAS selagi ianya berdasarkan Al-Quran dan sunnah Rasulullah..nama sje lain, manhaj yg sama, syiar yg sme..wallahua'lam..

      Delete